Selasa, 01 April 2008

Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan tinggi dan istimewa di sisi Allah terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia.
Islam menganggap hanya manusia yang dihiasi dengan ilmu pengetahuan saja golongan yang benar-benar bertakwa kepada Allah.
Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia.
Istilah sains itu sebenarnya berasal daripada perkataan Latin, scientia dan daripada bahasa Arab yang membawa pengertian sama iaitu ilmu pengetahuan. Pada asalnya, ilmu sains ini merangkumi semua cabang ilmu dihasilkan oleh pemikiran manusia cerdik pandai seperti falsafah, matematik, astronomi, geografi, geologi, fizik, kimia, perubatan dan sebagainya. Semua cabang ilmu itu di satu dan disepadukan di bawah bidang ilmu sains. Kemudian, apabila cabang ilmu itu semakin berkembang dan luas perbahasannya, cabang ilmu itu mula memisahkan diri daripada ilmu sains dan mula membentuk identiti ilmunya yang tersendiri.
Maka, lahirlah ilmu geografi, ilmu perubatan, ilmu fizik dan lain-lain.
Al-Quran teras sains Islam, bahkan al-Quran menganjurkan umat manusia sama ada beriman atau tidak, supaya menyelidiki alam sebagai tanda membuktikan kewujudan dan kebesaran Allah.
Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat menggesa umatnya supaya belajar, merenung dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya mencari kebenaran hakiki.
Kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu melahirkan beberapa personaliti atau tokoh ulama berjasa dan memberi sumbangan bermakna dalam perkembangan sains kepada umat manusia sejagat. Yang lebih menariknya, sumbangan tokoh ulama Muslim mendapat tempat dan penghargaan tinggi di kalangan sarjana dan orientalis Barat sehingga karya mereka menjadi teks rujukan utama di Universiti Eropah dan juga diterjemahkan secara besar-besaran oleh sarjana dan orientalis Barat. Ini bermakna ulama sains Muslim terlebih dahulu mempelopori dan menerajui bidang sains dan teknologi pada suatu ketika dahulu.
Akhirnya, ilmu itu berpindah tangan ke Barat dan mereka pula yang mengungguli persada dunia dan umat Islam pula yang ketinggalan dalam bidang itu. Di antara tokoh ulama terbilang ialah Ibnu Rusta lebih terkenal sebagai ahli astronomi dengan bukunya yang banyak membahaskan secara sistematik geografi matematik dan astronomi di samping mengemukakan teori ahli astronomi Arab, Yunani dan India.
Begitu juga, seorang ulama bernama Muslim al-Farghani adalah seorang pakar Astronomi berasal dari Faraghna, Uzbekistan. Beliau mengarang kitab al-Kamil fi al-Asturlab yang kemudian diterjemahkan dalam bahasa latin dengan judul Compendium sehingga menjadi rujukan utama di seluruh pelusuk Eropah.
Di samping itu, muncul seorang ulama bernama Abu al-Raihan Muhammad bin Ahmad terkenal dengan jolokan al-Biruni. Di kalangan orientalis, beliau dianggap tokoh ilmuwan terbesar dan seorang experienmentalis ilmu yang tekun pada abad pertengahan Islam.
Beliau menguasai dengan baik bidang matematik, kedoktoran , farmasi , asronomi dan fizik. Al Biruni juga dikategorikan sebagai ahli sejarah, geografi, kronologi, bahasa serta seorang pengkaji mengenai adat istiadat dan sistem kepercayaan. Beliau juga seorang ulama Islam.
Di dalam bidang perubatan, Islam melahirkan seorang tokoh terkenal iaitu Abu Kassim al-Zahrawi sebagai seorang doktor dan ahli bedah Muslim. Beliau juga dikenali Barat dengan nama Abulcasis. Di dalam bidang kedoktoran, beliau dianggap perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosrie) dan cara penyembuhannya (the rapeutif) penyakit telinga. Dialah juga yang merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran. Bukan sekadar itu, beliau juga pelopor pengembangan ilmu penyakit kulit (dermatologi).
Beliau tidak ketinggalan mengarang buku ensaiklopedia perubatan yang berjudul Al-Tasrif Liman Anjaza al-Ta’lif (Medical Vademecum) yang menerangkan dan melukiskan dengan jelas diagram tidak kurang dari 200 peralatan pembedahan. Beliau juga terkenal sebagai doktor gigi. Ensaiklopedia itu menjadi rujukan utama perubatan di universiti Eropah.
Selain al-Zahrawi, Abu Ali al-Husain bin Abdullah bin Hasan Ali ibnu Sina. Beliau dikenali Barat dengan nama Aveccina. Lahir pada tahun 370 H di Afghanistan. Beliau dapat mendalami semua jenis cabang ilmu dalam usia yang muda hingga beliau dapat menguasai bidang logika, matematik, fizik, politik, kedoktoran dan falsafah di samping ilmu agama.
Ibnu Sina yang meninggal pada tahun 428 H dinobatkan sebagai Fathers of Doctors. Beliau juga mengarang lebih 276 buah buku yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti falsafah, geometri, kedoktoran, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera, kosmologi dan sebagainya.
Antara karya terbesar beliau ialah Al-Qanun fi al-Tibb himpunan segala disiplin ilmu yang pelbagai dan akhirnya diterjemahkan dalam bahasa Inggeris berjudul Canon of Medicine teks rujukan utama dalam bidang perubatan. Buku lain ialah al-Syifa yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris The Book of Discovery dalam 18 jilid. Beliau pernah diberi jolokan sebagai Raja Diraja Doktor atau Medicorum Principal.
Seorang lagi tokoh ulama terkenal dalam bidang perubatan ialah Abu al Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Rushd yang terkenal di Barat dengan gelaran Averroce. Beliau seorang ulama, ahli falsafah ulung dan pakar dalam bidang fizik, kedoktoran, biologi dan astronomi. Beliau banyak membuat kajian astronomi dan pernah berkhidmat sebagai doktor dan kadi besar di Cordoba.
Ibnu Rushd dikenali sebagai seorang perintis ilmu kedoktoran umum serta perintis mengenai ilmu jaringan tubuh (Histologi). Beliau juga berjasa dalam bidang penelitian pembuluh darah serta penyakit cacar. Karya beliau yang berjodol Al Kulliyyah fi al-Tibb sebanyak 16 jilid, karya terbesar dan rujukan utama dalam bidang perubatan. Kemudian buku diterjemah dalam bahasa Inggeris dengan tajuk General Rules of Medicine.
Di dalam bidang kimia, muncul seorang tokoh ulama iaitu Jabir ibnu Hayyan al Kufi (Geber) terkenal sebagai bapa kepada al-kemi Arab. Beberapa karya terbesarnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Perancis. Antaranya, Jumlah yang Tersempurna (terjemahan), Kitab Dacing, Kitab Raksa Timur dan Kitab Kerajaan. Dia banyak memperkenalkan kegunaan praktik kimia seperti menyediakan keluli, mencelup kain dan kulit dan sebagainya.
Tokoh kimia iaitu Muhammad Abu Bakar al-Razi lebih terkenal sebagai ahli perubatan kimia dan ada yang menganggap beliau sebagai pengasas kimia moden. Beliau mereka radas dan mencatatkan dengan terperinci lebih 20 alat besi dan kaca. Beliau juga pakar dalam praktik perubatannya berpendapat penyembuhan penyakit adalah tindak balas kimia dalam tubuh badan seseorang.
Di dalam bidang fizik pula, al-Haitham lebih dikenali di dunia Barat sebagai Alhazen adalah tokoh optik paling unggul dalam lipatan sejarah tamadun Islam.
Posted in Al Quran & Tafsir, Ilmu, Tokoh 11 Comments
11 Responses to “Al-Quran sumber agung tamadun keilmuwan Islam”
on March 27, 2007 at 6:13 pm1 defri
ada tidak tentang kedudukan ilmu kimia dalam islam. mohon secepatnya.penting sekali
on July 28, 2007 at 10:51 am2 an-nida'
kite hendaklah selalu ingat ALLAH sama ada dalam keadaan kite senang atau susah pasti ALLAH akan ingat pd kite dalam keadaan susah. oleh itu ingatlah segala perbuatan yang kita buat ni iaitu hidup dan matiku hanya kerana ALLAH….dan pasti kita akan kembali padaNya… cintailah ILAHI kerana DIAlah kekal selamana….
on August 12, 2007 at 10:02 pm3 DcsBoy
remember Allah always. sure, everyone not interested in do bad in their life.
on August 13, 2007 at 10:51 pm4 bisikan nurani
renungan bersama:pada masa skrng yg terlalu mncbr,tak mdh untk kte mngeklknapa yg prnh kte mnnti,jd sma2 lh kte doakn agr dri kte dpt praktik dn istiqomah dgn ape yg kte plajari…sma2lah kte brusha mnjdi prmata brkilau tpi ssh untk didekati….
on August 19, 2007 at 11:20 pm5 zamzam mubarok a
anashiruttaghyir {agent of change}you arewahai kaum muslimin!!!
benarkah kita meminjam kepribadian orang lain, bahkan sampai mengingkari ahlak islami?inilah indikasi kekalahan dari dalam yang sangat berbahaya!!
iklan:dibutuhkan orang-orang yang mampu mengembalikan identitas dan bangunannya ke setiap individu muslim.
on September 28, 2007 at 9:47 am6 lion of the east
berminat dengan unsur kejiwaan..anda perlu berjuang untuk memenanginya..sertai saya dalam peperangan melawan syaitan syaitan…
on January 7, 2008 at 9:27 pm7 shy of oriental
kembalikan keagungan tamadun islam seperti suatu masa dahulu
on February 2, 2008 at 9:08 pm8 bayu andika
Assalammualaikum…
Saya mencari sunber-sumber tamadun islam.kalau ade diantara saudara atau saudari yang mempunyai pandangan.sila utarakan. Saya menanti. Ilal Liqa.
on February 20, 2008 at 12:21 pm9 fahizan
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIAMOHD FAHIZAN MD ISASUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAMAL-QURANDalam konteks kehidupan bertamadun,al-quran menekankan ajaran tentang :Kehidupan beragama-menyentuh persoalan akidah-mengarahkan manusia beriman kepada AllahKehidupan yang berperaturan dan bersistemMenyentuh persoalan sistem kehidupanHubungan manusia dengan manusiaHubungan manusi dengan alamKehidupan yang mempunyai sistem nilaiMenyentuh persoalan agamaAjaran yang menjamin kesejahteraan sejagat :-berbuat baik sesama manusia-bersederhana dalam semua aspek-bertanggungjawab-berlumba-lumba membuat kebaikan dan kebajikanAl-sunnahPerincian kepada al-quran,penjelasan lanjut tentang:Pelaksanaan kehidupan beragamaPerlaksanaan syariah islamPerlaksanaan akhlak dan bertatasusila
ijtihadUsaha yang dilakukan oleh ilmuan dan pemikir islam dan menangani masalah-masalah umat islam,terutama dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan:Kemajuan sains dan teknologiDaya reka ciptadaya kreativiti
Tamadun-tamadun lainIslam tidak menolak sebarang penghasilan tamadun asing yang tidak bertentangan dengan syariat dan nilai-nilai islam.
Kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu melahirkan beberapa personaliti atau tokoh ulama berjasa dan memberi sumbangan bermakna dalam perkembangan sains kepada umat manusia sejagat. Yang lebih menariknya, sumbangan tokoh ulama Muslim mendapat tempat dan penghargaan tinggi di kalangan sarjana dan orientalis Barat sehingga karya mereka menjadi teks rujukan utama di Universiti Eropah dan juga diterjemahkan secara besar-besaran oleh sarjana dan orientalis Barat. Ini bermakna ulama sains Muslim terlebih dahulu mempelopori dan menerajui bidang sains dan teknologi pada suatu ketika dahulu.
Akhirnya, ilmu itu berpindah tangan ke Barat dan mereka pula yang mengungguli persada dunia dan umat Islam pula yang ketinggalan dalam bidang itu. Di antara tokoh ulama terbilang ialah Ibnu Rusta lebih terkenal sebagai ahli astronomi dengan bukunya yang banyak membahaskan secara sistematik geografi matematik dan astronomi di samping mengemukakan teori ahli astronomi Arab, Yunani dan India.
Begitu juga, seorang ulama bernama Muslim al-Farghani adalah seorang pakar Astronomi berasal dari Faraghna, Uzbekistan. Beliau mengarang kitab al-Kamil fi al-Asturlab yang kemudian diterjemahkan dalam bahasa latin dengan judul Compendium sehingga menjadi rujukan utama di seluruh pelusuk Eropah.Di samping itu, muncul seorang ulama bernama Abu al-Raihan Muhammad bin Ahmad terkenal dengan jolokan al-Biruni. Di kalangan orientalis, beliau dianggap tokoh ilmuwan terbesar dan seorang experienmentalis ilmu yang tekun pada abad pertengahan Islam.Beliau menguasai dengan baik bidang matematik, kedoktoran , farmasi , asronomi dan fizik. Al Biruni juga dikategorikan sebagai ahli sejarah, geografi, kronologi, bahasa serta seorang pengkaji mengenai adat istiadat dan sistem kepercayaan. Beliau juga seorang ulama Islam.
on March 1, 2008 at 10:21 am10 yusry
jadilah muslim dan mulimah sejati. ingtlah Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan, sesunguhnya Allah maha melihat
on March 1, 2008 at 10:26 am11 yusry
sesunguhnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua umat islam.kecuali apabila kiamat menghampiri kita. ingat lah telah ter bukti hari kiamat sedang menghampiri dengan tanda -tanda nya yang telah jelas

Tidak ada komentar: